Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

7 Feb 2016

Doa selamat dalam perjalanan dan selamat daripada bencana

Kepada yang memulakan perjalanan pagi ini, petang ini, esok atau bila2 pun. Moga selamat daripada sebarang kesusahan, dan selamat dalam perjalanan, sertadiredhai Allah.
Al-Ma'thurat
Android bit.ly/new-mathurat 
IOS bit.ly/m-mathurat-ios

Kepada yang memulakan perjalanan pagi ini, petang ini, esok atau bila2 pun. Moga selamat dalam perjalanan dan diredhai Allah. Al-Ma'thurat Android bit.ly/new-mathurat IOS bit.ly/m-mathurat-ios

Posted by Al-Mathurat & Apps Islamik on Thursday, 4 February 2016

22 Ogo 2013

Doa Mohon dihindarkan Musibah

22 Apr 2013

Apps senarai doa harian

Berikut disertakan dua applikasi mobile – Muslim Kids Series: Dua dan Bank Islam apps. Kedua-dua mengandungi doa harian untuk keperluan lazim.

Muslim Kids Series: Dua - http://yufid.org/project/muslim-kids-series-dua-supplications-and-remembrances/ – untuk iOS dan juga Android.

1-doa-gembira2-doa-keluar-rumah

 

Android - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bankislam.android
iOS - https://itunes.apple.com/my/app/bank-islam/id581462163
*Doa-doa dirujuk daripada Kitab hisnul Muslim

doa-bank-islam

7 Feb 2013

Doa ayat Quran berkenaan Sihir

Panduan-panduan ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa dalam program Semanis Kurma TV9, 7 Feb 2013. Boleh tonton di sini - http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV9/semanis_kurma_2013_2ea91c694ea4464b9939a13a00dd2e72

1. Doa pendinding sihir
Surah An-Nisa', 84
Surah Yusuf, 64

doa-ayat-quran-pendinding-sihir

فَقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا تُكَلَّفُ إِلا نَفْسَكَ وَحَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَكُفَّ بَأْسَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَاللَّهُ أَشَدُّ بَأْسًا وَأَشَدُّ تَنْكِيلا (٨٤)

84. oleh itu, berperanglah (Wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); Engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. dan berilah peransang kepada orang-orang Yang beriman (supaya turut berjuang Dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang Yang kafir itu. dan (ingatlah) Allah amatlah besar kekuatanNya dan amatlah berat azab seksaNya.

قَالَ هَلْ آمَنُكُمْ عَلَيْهِ إِلا كَمَا أَمِنْتُكُمْ عَلَى أَخِيهِ مِنْ قَبْلُ فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ (٦٤)

64. bapa mereka berkata: "(Jika Aku lepaskan Dia pergi bersama-sama kamu), Aku tidak menaruh kepercayaan kepada kamu menjaganya melainkan seperti kepercayaanku kepada kamu menjaga saudaranya dahulu (yang telah kamu hampakan. oleh itu Aku hanya menaruh kepercayaan kepada Allah), kerana Allah jualah penjaga Yang sebaik-baiknya, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja Yang menaruh belas kasihan".

 

2. Doa penunduk sihir
Surah al-A'raf, 118-122
Surah Toha, 69

doa-ayat-quran-peunduk-sihir

فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (١١٨)فَغُلِبُوا هُنَالِكَ وَانْقَلَبُوا صَاغِرِينَ (١١٩)وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ (١٢٠)قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ الْعَالَمِينَ (١٢١)رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ (١٢٢)

118. maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) Yang mereka telah lakukan.

119. oleh itu, kalahlah Firaun dan ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka Dengan keadaan Yang hina.

120. dan (Kemenangan Nabi Musa menjadikan) Ahli-ahli sihir itu Dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,

121. sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.

122. "(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun".

وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى (٦٩)

69. "Dan campakkanlah apa Yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan Segala (benda-benda sihir) Yang mereka lakukan, kerana Sesungguhnya apa Yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".

 

3. Doa pembatal sihir
Surah Yunus, 81-82

doa-ayat-quran-pembatal-sihir

فَلَمَّا أَلْقَوْا قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللَّهَ لا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (٨١)وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ (٨٢)

81. setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" apa Yang kamu datangkan itu, itulah sihir; Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat Yang dikurniakanNya kepadaku); Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang Yang melakukan kerosakan.

82. "Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara Yang benar Dengan Kalimah-kalimah perintahNya, Walaupun Yang demikian dibenci oleh orang-orang Yang melakukan dosa".

Moga ada manfaat, dan sila kongsikan jika dirasakan berguna...
{ http://bit.ly/m-mathurat }

29 Nov 2012

Kelebihan Amalan membaca ayat al-Kursi selepas Solat

Kelebihan-ayat-kursi

 

 

“Amalkanlah bacaan ayat Al-Kursi setiap selepas solat Fardhu, kerana kelebihannya disebut oleh Baginda nabi "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat fardhu, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya daripada memasuki syurga (telah cukup syarat untuk ke syurga) melainkan ( mestilah) dia mati (terlebih dahulu).”.
Namun jangan tersilap memahami hadis ini bahawa tiada tanggungjawab, kewajiban dan larangan yang perlu di buat dan jauhi ye. Amalan ini mengukuhkan tawaran syurga bagi ahli ilmu, ibadah dan taqwa.”

Dikongsikan dari page Ustaz Zaharuddin.net, tentang kelebihan amalan membaca ayat al-Kursi selepas solat.

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (٢٥٥)

Terjemahan: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya)

(Ayat al-Quran dan terjemahan drpd Plug Ins AlQuran for Ms-Word )

Ayat al-Kursi juga terdapat dalam m-Mathurat, skrin no 3.

15 Nov 2012

Applikasi Telefon Pintar untuk menunggu Solat Jumaat

al-mathurat-ustaz-don-Android

Alhamdulillah, Jumaat sekali lagi. Jom solat Dhuha dan sambil buat reja ikut bacaan Ustaz baca al-Ma'thurat -> http://bit.ly/m-mathurat


Berikut bekal untuk dibawa ke masjid, nanti dalam masjid boleh baca;

  1. iQuran - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.guidedways.iQuran
  2. Yaseen - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.m3tech.yasin
  3. Yasin Rahman Waqia Mulk - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.chaks.yrwm
  4. MyPerisai - https://itunes.apple.com/my/app/myperisai/id492415704 (iPhone) atau https://play.google.com/store/apps/details?id=elilmy.net.myperisai (Android)


Moga Allah pelihara kita., Ameen…

MyPerisai–himpunan doa dari al-Quran dan Hadith

my-perisai-al-kahfi-ayat-10

Dikongsikan salah satu doa daripada Surah al-Kahfi, ayat 10.
"Wahai Tuhan kami, kuirniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami"

MyPerisai boleh dimuatturun dari;
1. https://itunes.apple.com/my/app/myperisai/id492415704 (iPhone)
2. https://play.google.com/store/apps/details?id=elilmy.net.myperisai (Android)

MyPerisai–himpunan doa dari al-Quran dan Hadith-1MyPerisai–himpunan doa dari al-Quran dan Hadith-2MyPerisai–himpunan doa dari al-Quran dan Hadith-3

MyPerisai adalah aplikasi yang dibangunkan untuk rujukan masyarakat bagi menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta daripada bahaya-bahaya jenayah seperti jenayah kecurian, ragut, rompak, rogol, bunuh dan sihir yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Panduan adalah menurut rujukan utama umat Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Dapatkanlah aplikasi ini untuk panduan keselamatan anda. Antara kandungan aplikasi ini ialah:

1. Pesanan Ustaz: Bersama Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman untuk panduan cara mendapatkan perlindungan dalam Islam.

2. Doa Daripada Al-Quran: Doa-doa yang dipetik daripada banyak ayat-ayat Al-Quran berkaitan perlindungan keselamatan.

3. Doa Daripada Hadith: Doa-doa yang diambil daripada hadith-hadith shahih berkaitan perlindungan keselamatan seperti doa perlindungan kepada anak, ketika keluar rumah, ketika pagi dan petang, sebelum salam dalam solat, masuk masjid dan sebagainya.

4. Amalan Sunat: Amalan-amalan sunat yang disebutkan fadhilatnya dapat menjaga keselamatan.

5. Tips Keselamatan: Tips-tips umum untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta seperti tips keselamatan jalan raya, mengelak pecah rumah, mengelak kes penculikan, cara menghadapi penjenayah dan sebagainya.

Rujukan: app MyPerisai - http://el-ilmy.net/myperisai/

12 Nov 2012

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijriah

Salam Hijrah Kepada semua
salam-hijrah-1434H
Imej doa-doa dikongsikan di akhir post. -> Baca selanjutnya...

DOA 1 (Akhir Tahun) – Baca selepas Asar, hari terakhir…
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

DOA 2 (Awal Tahun) – Baca selepas Maghrib…
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

5 Jun 2012

Doa mohon diberkati pada bulan Rejab, Syaaban dan ditemukan dengan Ramadhan

Doa mohon diberkati pada bulan Rejab, Syaaban dan ditemukan dengan Ramadhan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa,

Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”

Ertinya: Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya’ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.

(HR. Ahmad dan Tabrani)

6 Apr 2012

Sirah Hijrah Nabi Muhammad s.a.w.


“Lawan! Lawan! Lawan!”, kedengaran sorakan empat orang rakan baik, Yusuf, Luqman, Sofea, dan Majidah. Mereka sedang menyaksikan perlawanan labah-labah antara Belang dan Chinot. Belang adalah labah-labah kecil milik Luqman, manakala Chinot adalah labah-labah milik Yusuf. Empat sahabat baik ini bersekolah di Sekolah Rendah Bina Insan, Bandar Seri Putera, Selangor. Waktu sekarang menunjukkan pukul 2 petang. Empat sahabat ini sedang menunggu untuk sesi pembelajaran Agama Islam sebelah petang di sekolah tersebut. Mereka asyik dengan perlawanan tersebut sehingga tidak sedar seorang ustaz menghampiri mereka.
Ustaz: Assalamu’alaikum… Apa hang pa semua buat ni? (Dengan senyum, suara lembut dan penuh kasih-sayang).
Yusuf, Luqman, Sofea, dan Majidah terkejut dan tunduk ketakutan.
Ustaz : Tak elok kita menganiaya haiwan. Kita kena sayang haiwan kerana haiwan juga makhluk ciptaan Allah yang berhak untuk disayangi.
Empat sahabat tidak berani lagi memandang Ustaz. Masing-masing terkedu.
Ustaz : Labah-labah ini antara haiwan yang Nabi Muhammad sayang. Ia telah berjasa kepada Nabi suatu masa dahulu. Kan saya selalu pesan, kalau kita sayang Nabi, kita kena buat apa yang Nabi suruh. Kalau Nabi sayang haiwan, kita pun kena sayang haiwan.
Majidah: Kenapa kita kena sayang labah-labah Ustaz? Haiwan ini selalu buat sawang kat rumah saya. Kesian emak kena bersihkan sawang kat syiling rumah.
Ustaz : Dah, lepaskan semua labah-labah tu. Kalau kamu lepaskan, Ustaz akan cerita kisah labah-labah ni. Nak tak?
Yusuf, Luqman, Sofea, dan Majidah serentak: Naaaaaak!
Luqman dan Yusuf pun melepaskan Belang dan Chinot ke sebatang pokok berhampiran. Mereka dan Ustaz pun duduk di satu wakaf yang terdapat di taman sekolah.
Ustaz : Sebenarnya labah-labah telah berjasa dalam proses Hijrah Nabi Muhammad saw dari Mekah ke Madinah.
Sofea: Hijrah tu apa Ustaz?
Ustaz : Hijrah maknanya berpindah. Nabi saw diperintahkan Allah supaya berpindah ke Madinah. Jarak Mekah ke Madinah lebih kurang 500km. Pada asalnya, Nabi Muhammad saw lahir dan menetap di Mekah. Allah melantik Nabi sebagai Rasul pun di Mekah. Nabi berdakwah kepada kaumnya supaya mengamalkan ajaran Islam pun bermula di Mekah. Pendek kata, semenjak lahir sehingga, membesar, belajar berniaga, berdakwah dan berumah-tangga di Mekah. Nabi saw memang sayang sangat dengan Mekah.
Yusuf: Kalau sayang kenapa pindah Ustaz?
Ustaz : Allah yang telah perintahkan Nabi saw untuk berhijrah. Pada masa itu, ketua-ketua kaum Quraisy telah bermesyuarat untuk membunuh Nabi saw. Oleh kerana itu, Allah telah menghantar malaikat Jibrail berjumpa Nabi saw. Jibrail menyampaikan pesan kepada Nabi saw yang Allah arahkan baginda berpindah ke Madinah.
Pada malam itu, Abu Jahal bersama 100 orang lelaki dari 10 kabilah Quraisy datang ke rumah Nabi saw. Abu Jahal sangat yakin yang dia boleh membunuh Nabi saw. Kumpulan itu mengepung rumah Nabi saw dan merancang untuk menikam Nabi ketika Nabi tidur.
Nabi yang telah mendapat maklumat daripada Jibrail tentang rancangan jahat orang Quraisy Mekah, meminta Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali untuk datang ke rumah baginda malam itu. Saidina Ali ditugaskan untuk menggantikan baginda dan tidur di katil. Saidina Ali menggunakan selimut Hadrami yang selalu dipakai Nabi saw, dan menutup badan dan tidur di katil Nabi saw.
Di luar, kumpulan tadi masih mengepung rumah Nabi saw. Mereka belum bertindak kerana masih menunggu tengah malam seperti rancangan Abu Jahal. Nabi saw mengambil segenggam pasir dan membaca ayat dari Surah Yasin (ayat 9).
Surah Yaseen, ayat 9
Maksudnya: Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia Yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab Yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka Dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan Yang benar).

- Ads by Google -