Muat-turun (Android)

http://bit.ly/mathurat

Alhamdulillah, dengan izin Allah al-Ma'thurat mobile (versi Android) telah berjaya dibangunkan. Terima kasih kepada Ustaz Don Daniyal Biyajid yang telah menyumbangkan suara untuk bacaan ayat al-Quran dan doa. 


Buat masa ini kami hanya mampu membangunkan versi Android (untuk iPhone/Symbian/Windows Phone/Blackberry InsyaAllah ada rezeki kami akan usahakan). 


Sebarang kesilapan pada ayat/doa/terjemahan atau teknikal sila laporkan di http://fb.com/mmathurat


Sila muat turun (Beta) dari Android Market : https://market.android.com/details?id=net.kerul.mMathurat


Terima kasih atas sokongan anda.


PANDUAN MUAT_TURUN DAN PEMASANGAN APPLIKASI



  • Pastikan telefon Android anda berhubung dengan Internet. WiFi lebih baik kerana applikasi m-Mathurat bersaiz agak besar, 10MB.
  • Pada telefon Android anda, buka applikasi Android Market.
android-market-icon
  • Taip mathurat pada ruangan cari (search).
search-for-mathurat
  • Pilih "al-Mathurat bersama Ustaz Don".
tap-m-mathurat
  • Klik "Install".
tan-install
  • Anda perlu bersetuju dengan Permission yang diminta oleh pembangun.
accept-download
  • "NETWORK COMMUNICATION" - applikasi ini akan menghubungkan link kepada laman web kami sahaja. Kami tidak menggunakan Internet telefon anda untuk mencapai iklan atau menghantar data sulit anda kepada server.
  • "PHONE CALLS" - kami perlu mengetahui status telefon anda. Sekiranya ayat/doa sedang dimainkan, dan ada panggilan masuk ke telefon, applikasi akan memberhentikan bacaan ayat/doa untuk memberi laluan kepada anda menjawab panggilan tersebut dengan selesa (tanpa ada bunyi latar bacaan ayat/doa).
  • Tunggu sehingga muat-turun selesai. Oleh kerana fail agak besar (10MB), harap dapat bersabar sehingga 100% selesai. Sebab utama fail applikasi ini besar kerana ia mengandungi suara bacaan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa. Saiz fail suara mungkin boleh dikecilkan, tetapi akan menyebabkan kualiti suara rendah.
waiting-to-complete
  • Selepas applikasi selesai dimuat-turun, mesej “Installing…” akan dipaparkan. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.
installing-m-mathurat
  • Skrin berikut akan dipaparkan. Tap pada butang “Open”.
open-app-m-mathurat
  • Dan harap anda dapat manfaat daripada applikasi ini.
apps-running


3 ulasan:

  1. saya mengharapkan pihak tuan cepat2 la bangunkan untuk syimbian plak,.x sabar nak donload

    BalasPadam
  2. terima kasih sbb bangun kan aplikasi ma'thurat ini.sgt berguna..moge kite semua mendapat kebaikan drpdnye..sy cdgkan saudara utk bagun kan aplikasi alquran yg bole semak tajwid sekali..boleh bantu anak2 dan sesiapa yg nak belajar dan perbaiki bacaan..terima kasih

    BalasPadam
  3. Alhamdulilah syukor mudah untuk saya membacanya bila dah ada dalam phone saya. Moga kita semua akan mendapat kebaikannya. Terima kasih ustaz Don. Insyallah saya akan mengamalkanya.

    BalasPadam

- Ads by Google -