8 Feb 2012

Doa pelindung/ elak bahaya / penggerak.

Doa pelindung/ elak bahaya / penggerak - m-mathurat     [Klik di sini untuk dengar doa]

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى اْلأَرْضِ, وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

"(Kami ucapkan) Dengan nama Allah yang segala sesuatu di langit mahupun di bumi tidak akan memberikan apa - apa mudharat selama bersama dengan nama - Nya. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."


Fadhilat Doa
Daripada Uthman bin Affan (RA): Mana - mana hamba Allah (SWT) yang membaca tiap - tiap pagi dan petang hari (bacaan di atas) sebanyak tiga kali insya - Allah tidak akan ditimpa keatasnya bahaya.
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Ismail bin Abu Bakar di laman web rasmi Darussyifa’, beliau menyatakan terdapat empat keberuntungan utama mengamalkan doa ini iaitu;

  1. terhindar daripada bahaya,
  2. terhindar daripada mudarat makanan,
  3. terhindar daripada sihir, dan
  4. terhindar daripada gangguan makhluk halus.

Rujukan: Ayat Penggerak, Laman Web Rasmi Darussyifa’ (http://darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=50) – capaian pada 8 Feb 2012.

1 ulasan:

- Ads by Google -