2 Feb 2012

Muat-turun dan install m-Mathurat tanpa melalui Android Market

Apa juga sebab, sama ada anda telah “root” telefon Android anda, atau tiada Android Market dalam telefon anda, jangan risau kami sediakan muat-turun terus (direct download) fail APK m-Mathurat. Untuk pengetahuan anda, fail APK ialah fail program yang boleh dilaksanakan (executable) dalam telefon Android.

Prasyarat 1: Sila pastikan ada hubungan dengan Internet (WiFi digalakkan, talian jalur lebar juga boleh sekiranya anda mempunyai langganan jalur lebar).
Prasyarat 2: Pastikan telefon anda boleh menerima applikasi dari sumber luar (selain Android Market). Sila pergi ke;
Setting –> Applications –> Unknown Sources.
Setting –> Applications –> Unknown Sources - m-Mathurat
Setelah kedua-dua syarat di atas dipenuhi, maka anda jalankan proses di bawah.
Gunakan pelayar Internet (browser) telefon anda.
Gunakan pelayar Internet (browser) Android untuk muat-turun terus fail APK m-Mathurat
Taipkan alamat berikut, dan ENTER;
bit.ly/mathuratapk
muat-turun m-mathurat APK terus bit.ly/mathuratapk

Lihat pada “Notification Bar”, akan kelihatan anak panah ke bawah menunjukkan proses muat-turun sedang berlaku.
muat-turun m-mathurat APK terus - sedang download  muat-turun m-mathurat APK terus - sedang download - pada notification bar

Setelah selesai muat-turun, klik (tap) pada fail alMathurat_bersama_Ustaz_Don.apk .
muat-turun m-mathurat APK terus - selesai download

Pilih Install, dan proses installasi akan berlaku.
Installasi m-Mathuratsedang Installasi m-Mathurat

Setelah installasi selesai, klik Open.
selesai Installasi m-Mathuratm-Mathurat beraksi

Sepatutnya anda akan berjaya sekiranya melalui proses di atas. Eksperimen ini dilakukan menggunakan Samsung Galaxy S (Gingerbread 2.3.3).
Selamat mencuba.



complet-qr-muatturun-m-mathurat-dari-android-market-url-w250
Muat-turun di http://bit.ly/mathurat

Atau sekirannya anda ingin memasang m_mathurat pada komputer anda, sila baca manual ini –> http://bit.ly/mmathurat-bluestacks

LIKE fanpage kami di http://fb.com/mmathurat
fbmmathurat

2 ulasan:

- Ads by Google -