9 Feb 2012

Versi terbaru v-2.1 : untuk tablet

Alhamdulillah, satu lagi evolusi ke arah penambah-baikan. Versi ini ditujukan khas kepada pengguna tablet Android.

Perubahan ini selaras dengan statistik peranti yang diguna oleh peminat m-Mathurat lebih daripada 1000 penggunaan pada peranti Samsung Galaxy Tab (7), dan versi Honeycomb (Android 3.0, 3.1, dan 3.2) juga mencapai 10% daripada keseluruhan versi Android.

11% m-Mathurat dipasang pada peranti Samsung Galaxy Tab.

Rajah 1: 11% peranti adalah Samsung Galaxy Tab.

Perubahan: Telah disesuaikan untuk paparan pada skrin besar, 7inci, 7.7 inci, 8.9 inci dan 10.1 inci. Applikasi m-Mathurat akan dipaparkan dalam mod landscape seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 di bawah.

Paparan m-Mathurat pada tablet.

Rajah 2: Paparan m-Mathurat pada tablet.

img1

Rajah 3: Paparan pada telefon pintar (tiada perubahan).

Susunan butang di sebelah kanan (berbanding pada paparan telefon biasa di bawah).

Namun apabila anda menggunakan telefon pintar bersaiz biasa, anda akan tetap mendapatkan paparan yang sama seperti sebelum ini. Applikasi akan mengesan saiz skrin secara automatik dan membuat perubahan paparan berdasarkan saiz skrin peranti anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

- Ads by Google -