24 Jan 2013

Salam Maulidur-Rasul–Kelebihan Solawat

Maulidur Rasul

Selawat ringkas

solawat-ringkas

Selawat semasa tarawikh

selawat-solat-sunat-witir-sq

Kelebihan Solawat atas Nabi Muhammad s.a.w
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut. Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.

Tiga doa Jibrail yang di-ameenkan oleh Nabi Muhammad s.a.w

Dari Abi Hurairah Ra, Rasulullah naik ke atas mimbar, kemudian beliau berkata : “Amin..amin. .amin..”.
Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada beliau : “Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau mengatakan Amin 3 kali, apakah sebabnya?” “Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : “Sesiapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan, tetapi dia tidak dapat ampunan Allah, maka dia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin” . Kemudian aku mengaminkannya. “Dan sesiapa yang dapat bersama orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu di antara kedua orang tuanya masih hidup, padahal dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu di antara keduanya, tetapi dia TIDAK berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu di antara keduanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan : Amin” “Dan sesiapa yang namaku disebutkan di hadapannya , kemudian dia tidak berselawat untukku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin), maka aku katakan “Amin”. (H.R Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya 3:188)

Solawat kalam

selawat-kalam

Ya Allah, restuilah dan berkatkanlah junjungan kami Muhammad, sebagai hamba, Nabi dan Rasul-Mu yang Ummi. Berkatilah keluarga dan sahabat Baginda. Sejahterakanlah Baginda selama-lamanya. Kami pohon sebanyak bilangan apa saja yang di ketahui oleh-Mu atau sebanyak perkara yang ditulis oleh kalam-Mu dan sebanyak yang dirangkum oleh kitab-Mu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

- Ads by Google -