Memandangkan fail yang agak besar, m-Mathurat untuk Android mesti ada boleh diinstall di dalam memori tambahan telefon (SDCard). Ini untuk mengurangkan beban penggunaan memori dalaman telefon anda (internal memory). Alhamdulillah, update kali ini masih mengekalkan sokongan untuk Android versi 2.1. Namun sekiranya telefon anda masih menggunakan Android 2.1 (Eclair), besar kemungkinan fungsi pindah ke SDCard tidak dapat dinikmati. Kaedah yang paling mudah untuk memindahkan aplikasi ke dalam SDCard (external memory) ialah dengan menggunakan App2SD (atau apa-apa aplikasi yang sewaktu dengannya). Atau boleh terus sahaja ke Setting->Applications->Manage Applications dan pilih applikasi anda. Tap pada butang “Move to SDCard” dan tunggu sebentar. |
Al Ma'thurat bersama Ustaz Don adalah applikasi Android yang dibacakan oleh Ustaz Don Daniyal. Di samping itu juga, blog berkongsi maklumat apps-apps Islamik yang baik untuk diamalkan bersama.
14 Ogo 2012
Kemaskini versi 2.5.5 – Pindah ke SDCard
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan