Fungsi ini skrin akan menukar kepada ayat/doa yang seterusnya secara automatik. Bacaan juga dimainkan secara terus. Jadi selepas ini anda boleh mendengar sambil memandu.
Tekan butang menu, dan pilih "ON berterusan", selepas itu tap butang PLAY
Setakat ujian yang kami lakukan, peranti Samsung akan berterusan PLAY walaupun telefon standby. Namun pada telefon HTC tidak begitu, proses akan terhenti sekiranya peranti pada mode standby. Ini mungkin disebabkan oleh teknologi HTC-Sense yang terdapat pada HTC.
Kemas-kini ini adalah yang terakhir menyokong Android 2.1 (Eclair). Kemaskini seterusnya akan hanya menyokong Android 2.2 (Froyo) dan ke atas. Tujuan kami berbuat demikian kerana Android 2.1 tidak menyediakan kemudahan pindah-app-ke-sdcard (move-to-sdcard). Fasiliti ini penting memandangkan saiz applikasi m-Mathurat yang semakin besar untuk memperbaiki kualiti bunyi. Harap maaf kepada pengguna Android 2.1, kami tidak bermaksud menganak-tirikan anda.
Kemaskini seterusnya dijangka berlaku pada October 2012, ulang-tahun m-Mathurat yang pertama. Baru setahun jagung…
Muat-turun di http://bit.ly/mathurat Atau sekirannya anda ingin mencuba pada komputer, baca manual ini –> http://bit.ly/mmathurat-bluestacks LIKE fanpage kami di http://fb.com/mmathurat |
Assalamualaikum... Jazakallah. Syukran kasiron. Saya pengguna application m-mathurat ini. Saya menggunakan Samsung Galaxy Note (ICS), just nak tanya, setakat yang saya gunakan buat masa ini dengan update yang terbaru ini juga, saya hanya boleh lihat dengan lanskap view. Potrait view memang tiada. Pada saya, saya lebih mudah menggunakan potrait view kerana dapat lihat keseluruhan ayat tanpa perlu scroll. Harapan saya semoga dapat saya baca dengan potrait view untuk update yang akan datang. Saya tidak pasti, hanya saya sahajakah yang tidak boleh baca potrait view. Boleh beri tunjuk ajar sekiranya boleh view dalam potrait view. Syukran team. Semoga Allah membalas jasa & usaha murni ini.
BalasPadamTerima kasih tuan shafiq. Apps m-mathurat akan menentukan secara automatik paparan landscape berdasarkan saiz screen. Utk Note dan tablet paparan dalm bentuk lanscape. Tapi takder masalah nanti kami usahakn supaya paparan lanscape atau potrait ditentukan oleh user. Sabar ya, beri kami sedikit masa.
Padam